Monday, 6 February 2012

AUKU BANTU MAHASISWA UNTUK CEMERLANG





Bicara ilmiah lawan politik kampus
Oleh Shamrahayu A Aziz
bhnews@bharian.com.my
2012/02/07

Pendidik, mahasiswa perlu berusaha tambahkan kualiti akademik 

PADA pertemuan minggu ini saya mahu panjangkan perbincangan mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang saya ulas dalam ruangan ini minggu lalu. Untuk tulisan itu saya terima beberapa respons daripada pembaca; ada yang bersetuju dan ada juga tidak bersetuju.
Saya menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang sudi menjadi pembaca setia saya dan juga memberi pandangan balas.
Antara respons yang saya terima ialah, pelajar mahukan lebih kebebasan dan ruang bersuara lebih besar di luar bilik kuliah. Saya tidak menafikan kehendak ini. Sebenarnya ini fitrah. Semua orang mahukan ruang luas dan bebas, terutama ketika membabitkan kepentingan mereka. Mungkin penjawat awam, termasuk pensyarah seperti saya juga begitu.

Peniaga atau penjaja juga begitu. Pasukan polis juga begitu. Peguam pun begitu. Pendek kata, semua pihak mahukan kebebasan bersuara, bukan mahasiswa saja.

Namun, mahasiswa juga harus sedar mengenai kenyataan sebenar kehidupan. Hidup kita bersistem dan bertatacara. Hidup bukan dalam satu lipatan saja. Ia berlapis-lapis dan berlipat-lipat.

Dalam setiap keadaan, setiap pihak mempunyai batasan masing-masing dan kehidupan juga mempunyai fasa. Mahasiswa perlu mengambil kira hal ini. Mahasiswa perlu sedar bahawa menjadi ‘mahasiswa’ hanyalah fasa permulaan. Ia bukan segala-galanya.
Sebelum betul-betul menghadapi realiti di luar universiti, mahasiswa hendaklah berupaya memenuhkan diri mereka dengan ilmu supaya mereka benar-benar berbeza daripada rakan yang tidak berpeluang menjejak kaki ke menara gading.

Di sini wujud kebaikan AUKU. Ia menyelia dan mengawal mahasiswa supaya mereka sedar tanggungjawab asas.
Respons lain yang saya terima ialah, mahasiswa berasa bimbang kehilangan markah sekiranya mereka berhujah dan mengeluarkan pendapat berbeza dengan pendapat atau pendirian pensyarah.

Mereka bimbang akan kehilangan markah sekiranya tidak ‘mengikut kata’. Sekiranya ini benar berlaku dan universiti mempunyai pensyarah sebegini, sistem pendidikan tinggi negara yang kita idamkan untuk menghasilkan pemikir tidak membawa kita ke mana-mana.

Kita akan gagal. Universiti tidak dapat mengeluarkan modal insan berwibawa dan berfikiran tahap tinggi. Pensyarah di pusat pengajian tinggi harus berbeza daripada pendidik pada peringkat rendah.

Daya kebolehan menerima pendapat dan menganalisis sesuatu hal perlu dimiliki mereka. Pensyarah perlu fokus dalam bidang mereka. Lebih penting, mereka tidak harus dikawal emosi tetapi dinaungi ilmu pengetahuan sebenar; sedia berhujah, berdebat dan belajar berterusan dan menyelidik.

Pensyarah hendaklah berbangga sekiranya pelajar dapat menandingi mereka untuk berdebat dan berhujah. Sekiranya pensyarah itu berwibawa, mahasiswa dengan sendirinya akan menjadikan mereka idola dan tidak berupaya menolak hujahnya.

Saya sentiasa mengambil pendirian bahawa pensyarah adalah penyelia dan pemudah cara, bukan mengongkong pelajar dengan fahaman mereka.

Sekiranya takut kepada pelajar bijak, pensyarah perlu sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi pemikir dan hendaklah sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik daripada pelajar.

Pensyarah perlu mengambil perhatian bahawa universiti adalah platform untuk pelajar mengembangkan kebolehan mereka. Pelajar tidak boleh didera untuk bersetuju dengan mereka. Pensyarah hendaklah membuka minda dan membenarkan pelajar berfikir di luar kotak.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna pensyarah harus membenarkan pelajar menjadi biadab. Aturan dan adab menuntut ilmu hendaklah sentiasa dipatuhi. Mahasiswa juga harus tahu tatasusila menuntut ilmu dan adab berbeza pendapat.

Saya menyebut dan mengulas mengenai respons ini kerana mahu pendapat saya difahami dengan jelas. Apabila saya menyatakan AUKU bukanlah faktor utama yang menyekat kebolehan mahasiswa, ini bukan bermakna pelajar menjadi lebih baik atau berfikiran lebih kritis dengan adanya AUKU.

Apa yang saya pentingkan ialah, pelajar menjadi bagus dan dapat berfikiran tahap tinggi sekiranya mereka mengambil peluang ketika berada di universiti untuk menimba ilmu dengan membaca bahan ilmiah dan menguji kebenaran pendapat mereka secara ilmiah di dalam bilik kuliah.

Mereka juga harus berupaya menghasilkan tulisan pemikiran. Jika di luar negara kita lihat jurnal akademik dikendalikan oleh pelajar sepenuhnya, sebagai ahli akademik, saya mahu lihat perkara ini berlaku di negara kita.

Ini adalah persediaan awal mahasiswa sebelum mereka mahukan suara mereka didengar. AUKU tidak menyekat pelajar daripada berbuat demikian.

Mahasiswa perlu buktikan mereka bijak dan masyarakat tidak ragu-ragu dengan keilmuan mereka. Pemerhatian saya di tempat saya berkhidmat mendapati jerih pelajar yang mahu menghidupkan jurnal akademik kendalian pelajar sepenuhnya.

Realitinya, mereka sukar mendapat tulisan ilmiah daripada pelajar sendiri dan bilangan mereka juga sangat kecil. Sehingga kini aktiviti mereka tidak menyerlah. Saya pasti keadaan ini berlaku bukan kerana AUKU.

Akhir kata, pendidik di universiti serta mahasiswa hendaklah berusaha menambahkan kualiti akademik dengan memberi penekanan kepada perbincangan ilmiah bukan mementingkan ideologi atau fahaman politik. Ini sesungguhnya lebih baik dan lebih bermanfaat untuk agama, bangsa dan tanah air kita.

Penulis ialah Profesor Madya di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

p/s: suka mendengar dan membaca tulisan ilmiah yang berlandaskan kewarasan fikiran. Dah muak baca tulisan mereka yang berkata tanpa fakta dan tidak membina, namun menghancur.. Ayuh mahasiswa kita serbu library dan buat kajian dan cari persoalan2 untuk d perbincang di dalam kuliah yang tak lama lagi kan bermula.. BERSAMA KITA MANFAATKAN MASA CUTI DENGAN AKTIVITI ILMIAH DAN BERFAEDAH. kalau maleh, moh kite tido, xpun cari kije..dapek duit..

Sunday, 5 February 2012

3.7 JUTA BLM DAFTAR MENGUNDI???


BHARIAN: Rais: Melayu perlu sedar hak mengundi 


JEMPOL - Sejumlah 3.7 juta individu yang layak mengundi tetapi belum berdaftar khususnya orang Melayu harus disedarkan tentang hak mengundi yang sebenarnya menentukan kelangsungan kuasa politk Melayu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata jika semua orang Melayu yang layak mengundi didaftarkan, ia sebenarnya dapat menguatkan lagi perjuangan dalam menentukan nasib mereka yang mewakili lebih 60 peratus rakyat negara ini.

"Orang Melayu seharusnya tidak lupa mereka sebenarnya dapat memperjuangkan negara mereka sendiri sekiranya 'politic of numbers' atau pun perjuangan politik mengikut nisbah angka dapat diatasi dan dimiliki bersama.

"Pihak lain (bukan Melayu) tidak perlu berasa terasing, lantaran realitinya majoriti masyarakat Melayu di negara kita perlu mendapat perasaan kekitaan yang lebih mulai kini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Program Merakyatkan Seni Budaya Komuniti 1Malaysia "Jalinan Mesra Rakyat Parlimen Jempol", di Felda Raja Alias 4, Serting, di sini semalam.

Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, dengan bilangan besar orang Melayu mereka sebenarnya boleh "mengawasi" keadaan politik di negara ini dan meneruskan tampuk kepimpinan negara yang dikuasai sekian lama.

Bagaimanapun, katanya, hasutan oleh pihak pembangkang terutama dari parti Pas dan PKR yang mengaburi orang Melayu dengan fakta-fakta yang tidak masuk akal telah menyebabkan orang Melayu lupa tentang 'politic of numbers' tadi.

"Rakan-rakan kita yang bukan Melayu akan akur oleh kerana mereka akan mengiktiraf suara yang ramai akan sentiasa dihormati dan suara yang berpecah belah akan mudah diatasi," katanya.

Katanya, untuk itu semua pihak perlu mencari jalan bagi meningkatkan kesedaran rakyat untuk mendaftar sebagai pengundi dengan menjalankan kempen galakan dan pendaftaran sebagai pemilih dengan lebih serius.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan bahawa lebih 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi dikesan belum mendaftar sebagai pengundi di mana kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu. - Bernama
P/S: Kenapa tak guna cadangan ramai yang gunakan autoregister system.. setiap yang berumur 21 tahun berdaftar secara automatik..yang di daftar telah meninggal dunia@modar, automatik di padam dari senarai pengundi. what the fuss???

Friday, 3 February 2012

SMM TALIBARUT UMNO???

Di ekstrak tanpa modifikasi dari teranungkite.blogspot.com

Bagi orang politik perjuangkan AUKU bukan pelajar,pelajar mahasiswa bagi 100% belajar jadi mahasiswa yg cemerlang dan mahasiswa menbantu semua pelajar mendaftar sebagai pengundi untuk menjatuhkan umno dan barisan nasional...itu yg penting bukan mejadi mahasiswa yg berdemo secara ganas di dalam univesiti dan kolej ,PAS dan pakatan Rakyat sudah lama menperjuangakn Akta Auku menajadi dalam kebangkitan mahasiswa menentang AUKU timbul segelintir anak muda yg bergelar SMM yg bertulang belakangkan saraf umno

anak muda begitu ghairah menentang AUKU tapi mereka tahu apa itu AUKU..?/ dalam kajian dan analisa dlm kampus bila di tanya apa itu AUKU hanya 10% yg tahu apa itu AUKU yg lainya hanya tahu AUKU ini merupakan penghalang mahasiswa berpolitik,tidak ada salahnya AUKU ..?? yg salah mahasiswa itu sendiri tidak faham apa itu auku,

Megapa wujudnya goromolan anak muda yg bergelar SMM..yg di ambik kesempatan oleh Ahmad Sukri Ab Razab yang.mencetus huru hara di univesiti dan kolej.????sedangkan didalam univesiti dan kolej begitu banyak persatuan di wujudkan seperti nama besar lagi berhemah seperti Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS ), Pro Mahasiswa Nasional, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa dan Mahasiswi, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

tetapi tiba-tiba SMM diambik kesempatan oleh Ahmad Sukri Ab Razab & Ahmad Aiman Che Ab RAzab melonjak naik sebagai pembela kepada pelajar-pelajar univesiti dan kolej, jika tidak ada pembantu atau pengerak di belakang Ahmad Sukri Ab Razab ini dan Ahmad Aiman Che Ab Razab (KUIN)

Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam politik dan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan.

jangan jadi samseng seperti umno ini berdemo dan bergaduh