Saturday, 26 November 2011

Mengapakah Masih Begini Wahai Malaysiaku...

Akhir2 ini macam2 isu dapat kita lihat, dengar dan baca samada melalui media arus perdana atau pun media alternatif. Isu sperti ISA,AUKU,bersih dan isu2 penglibatan pelajar universiti dan pesyarah yang mana membuat onar lantas memberi imej yang buruk kepada Malaysia.
Jika dilihat siapakah mereka di sebalik isu2 ini masih kumpulan yang sama. Kumpulan2 inilah yang memutar belitkan fakta tentang sesuatu isu dan membuat spekulasi2 yang menghangatkan rakyat di negara ini. Namun yang menyedihkan adalah sepertimana kes INTERLOK suatu waktu dahulu, rakyat Malaysia masih lagi hanya mengambil tahu hanya sekadar apa yang di perkatakan atau apa yang di beritahu kepada mereka sahaja, dan lantas mereka menjadi pakar kepada isu2 tersebut dan bercerita di sana sini. Tambah menyedihkan lagi, golongan intelek juga turut termasuk dalam golongan ini. Sepatut dan semestinya sebagai warga negara sebuah negara yang merdeka dengan berbekalkan akses maklumat tanpa sempadan dan hanya sekadar di hujung jari MEMBUAT KAJIAN, pabila kita mendapat satu berita atau informasi itu adalah suatu PEMERHATIAN AWAL@INFERENS.

Langkah seterusnya ialah kita membuat HIPOTESIS2 dan lantas melalui hipotesis ini kita MENGUMPULKAN DATA2 DARI PELBAGAI SUMBER DARI SEMUA ASPEK DAN PIHAK.

Melalui data yang dikumpul, Kajian di buat mengenai kesahihan data itu. seterusnya BAHARULAH KITA MEMBUAT KESIMPULAN yang merupakan HASILAN DARI KAJIAN DAN BUKAN PERKARA YANG DIKATA BERDASAR EMOSI SEMATA-MATA.

Negara telah menyediakan FASILITI KELAS PERTAMA, namun amatlah merugikan jika kita MASIH DI TAKU K LAMA DAN BERFIKIR BERDASARKAN EMOSI.

GOLONGAN INTELEK SEPATUTNYA MENJADI PEMANGKIN KEPADA PERUBAHAN CARA PEMIKIRAN YANG LEBIH BAIK DAN MENUJU KE ARAH PEMIKIRAN MINDA KELAS PERTAMA, DAN BUKAN MENJADI AGEN PEROSAK FIKIRAN MASYARAKAT.

Cernakanlah sesuatu maklumat dan fikirkanlah secara rasional dan dapatkan maklumat dan pastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum membuat sesuatu PENYATAAN ATAU TUDUHAN KEPADA SESIAPA..

No comments:

Post a Comment